Melihat selebriti di kaca televisyen kadang-kala membuatkan kita berfikir bahawa mudahnya mereka untuk sampai ke tahap tersebut dan cukup bertuah kerana dapat hidup dalam dunia glamour. Namun pernahkah anda terfikir apa pekerjaan Johan Ashari sebelum bergelar pelakon?
1. Muka kacak dan badan berketak, Johan Ashari (Botak) pernah bekerja sebagai pembancuh simen. Apa kerja anda sekarang?
2. Antara kegilaan ramai peminat di sini, Aaron Aziz dulu bekerja sebagai jurujual kereta dan juga insurans. Memang laku insurans dia
3. Ning Baizura pernah memberitahu bahawa dia berimpian untuk menjadi cikgu seperti ibunya. Hai cikgu Ning Baizura.
4. Mungkin ramai yang dah tahu, Nabil dahulu adalah seorang mat despatch. Nampak mudah bukan untuk senang macam sekarang tapi cuba tanya Nabil berapa banyak kali dia mencuba?
5. Danny terpaksa tangguh pelajaran dalam bidang kedoktoran kerana terikat dengan komitmen bersama X Factor ketika dulu. Jika tidak, sudah jadi doktor gigi. Kerjaya doktor memang ramai yang hensem ya?
6. Siti Nurhaliza sudah mula menjual kuih ketika berumur 9 tahun? Zaman sekarang 9 tahun adalah masa sesuai untuk main iPad
7. Jika sekarang Remy Ishak masih kerja jual ikan dan ayam di pasar, agak-agak anda pandang pun tidak
8. Hanya gambar Mawi ketika muda kami dapat jumpa. Kurus sungguh
9. Tiga tahun bekerja sebagai pencuci mesin dan tiga tahun sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah, akhirnya Jep kini tidak boleh buat orang berhenti ketawa
10. Nora Danish pernah bekerja sebagai pelayan restoran – di kedai kepunyaan ibunya. Memang jadi pelaris kedai jika letak Nora Danish sebagai ‘kakak ambil order’
Apa-apa pun, kejayaan barisan selebriti di atas bukanlah datang bergolek. Nampak senang di luar tapi hiruk pikuk hanya mereka yang tahu.
Jadi di tahun baru ini, mahukah anda makan di restoran yang ada Nora Danish sebagai pelayannya?
0 Response to "Tahukah Anda Apakah Pekerjaan 10 Orang Artis Ini Sebelum Mereka Jadi Popular?"
Post a Comment