Bangkai buaya gergasi ditemui mati di kawasan jeti Jalan Tok Empat Majid, Bukit Belimbing, Kuala Selangor hari ini.
Pertama kali melihat gambar buaya ini, seperti sukar untuk mempercayai saiznya. Persepsi awal sudah tentu ada yang nakal photoshopkan buaya gergasi ini. Namun, ternyata gambar dibawah adalah asli setelah membaca komen dari media sosial dan forum-forum yang memaparkan gambar buaya ini. Ngeri!
KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai. “Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak. “Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
#Apa yang dimakan oleh buaya ini sehingga mencapai saiz sebegini? Adakah ayam? Mungkin buaya inilah punca harga ayam naik!