Aksi Panas Dua Awek "Ghairah" Pulak Jadi Viral | Nampak gayanya isu kejadian buli ni dah semakin berleluasa. Kali ni, video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini.
Video klip berdurasi selama enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam.
Dalam ada masa yang sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek yang digunakan oleh mereka.
Mangsa hanya dilihat cuba berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh. Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar.
Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'.
Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang.