PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
Penulis tak tahu nak kata apa dah dengan pasangan selebriti ni. Nak kata jahat, tidak semua orang tu dikatakan sempurna, ye kan. Kadang-kadang ada juga kesilapan dan kelalaian yang terjadi, tak kira pangkat dan darjat. Si isteri dalam gambar ni tak pasti pula time mengandung atau belum lagi. Aish, harap-harap kita selepas ini muhasabahkan diri yer. Kalau mengandung, si isteri kenalah jaga kesihatan anak dalam kandungan tue. Wallahualam. Zzzz..
HarianMetro: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran)
0 Response to "Pasangan suami isteri selebriti berclubbing"
Post a Comment