Lelaki Kejam Tanam Tunangnya Hidup-hidup | Tengokberitatv3

Lelaki Kejam Tanam Tunangnya Hidup-hidup

Leeds – Seorang lelaki yang melakukan perbuatan kejam dengan menanam hidup-hidup tunangnya kerana bosan dengan wanita tersebut, telah menerima balasannya apabila dia dihukum penjara selama 20 tahun.



Wanita berkenaan, Michelina Lewandowska telah dimasukkan ke dalam kotak sebelum ditanam di bawah semak samun sedalam enam incin, namun dia berjaya melepaskan diri dengan memotong kotak berkenaan menggunakan cincin berlian sempena pertunangan mereka.
Hakim Peter Collier ketika menjatuhkan hukuman ke atas Marcin Kasprzak berkata, tertuduh berniat untuk membunuh mangsa dengan kematian yang dipilihnya adalah melalui penyiksaan agar mangsa akan menderita sebelum meninggal dunia.

“Awak membayangkan dia mati dalam keadaan yang menyakitkan,” katanya.

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, Kasprzak dan rakannya, Patryk Borys telah menyerangLewandowska menggunakan SENJATA taser di kediaman mereka, Mei tahun lalu. Mereka kemudiannya memasukkan wanita itu ke dalam kotak dan menanam kotak itu di dalam semak samun sedalam enam inci.

Borys, 18, kini menjalani hukuman penjara selama 4 tahun selepas mengaku salah menculik Lewandowska.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

Sepanjang perbicaraan itu, Lewandowska memaklumkan kepada mahkamah, dia berjaya mendapatkan kekuatan untuk keluar dari kotak tersebut selepas membayangkan anaknya yang masih kecil itu.

0 Response to "Lelaki Kejam Tanam Tunangnya Hidup-hidup"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *