Info ~ Amaran Angin Kencang Mulai Jumaat Ini | Tengokberitatv3

Info ~ Amaran Angin Kencang Mulai Jumaat Ini

KUALA LUMPUR 7 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini memberitahu beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora selama tiga hari bermula Jumaat hingga 13 Januari.
Menurut kenyataan itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).
Gambar Hiasan
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Palawan dan Sulu.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah bahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” tambahnya.
Selain itu, angin kencang Timur Laut yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter diramal melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Samui bermula Khamis hingga 13 Jan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut kenyataan itu.

0 Response to "Info ~ Amaran Angin Kencang Mulai Jumaat Ini"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *