Shila Amzah tegur Beautiful Nara jangan kerap sebar fitnah | Tengokberitatv3

Shila Amzah tegur Beautiful Nara jangan kerap sebar fitnah

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...

SEMENTELAH cerita percintaan pasangan kekasih Johan Asari dan Lana Nordin yang diumumkan putus ditengah jalan, nama Shila Amzah masih juga dikaitkan dengan pelakon lelaki itu.

Bagaimanapun, Shila yang juga pelantun lagu Masih Aku Cinta itu telah memberi amaran kepada sebuah portal berita hiburan yang mengaitkan namanya dengan pasangan kontoversi tersebut.





Menerusi akaun twitternya, Shila berkata :

"Assalamualaikum, Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan atau mengaitkan Sha dengan sesiapa," tulisnya.

Dalam pada itu, Shila juga berkata artikel daripada portal tersebut juga tidak membantu untuk memperbaiki kerjaya seseorang artis.

"...sebab Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang artis.

"Jadi, saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya...jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham," tegasnya.
"Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini?.

"Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?," tulisnya.

Sebelum ini, mengikut laporan media, selepas cinta Shila berakhir dengan pelakon Sharnaz Ahmad, Shila telah memuat naik video yang menunjukkan beliau menyanyi lagu Ombak Rindu.

Dalam perkembangan sama, penulis blog hiburan berkenaan telah menyatakan perkara itu bukan fitnah.

"Shila, ok ok. Mana ada fitnah pun. Cakap 'berbunga hati' saja kot. Maaf ya," tulisnya dalam akaun twitternya.

0 Response to "Shila Amzah tegur Beautiful Nara jangan kerap sebar fitnah"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *