Orientasi Melampau Ragut Nyawa Siswa Indonesia | Tengokberitatv3

Orientasi Melampau Ragut Nyawa Siswa Indonesia


PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...



Bukan sahaja melampau dan tak melambangkan peradaban manusia terpelajar, malah tindakan penuntut senior Institut Teknologi Nasional ketika majlis orientasi penuntut baru atau Ospek ITN baru-baru ini telah meragut satu nyawa.



Dalam gambar yang diedarkan di internet, dapat dilihat jelas bagaimana para mahasiswa baru termasuk perempuan dipaksa berlakon seolah-olah sedang melakukan seks.

Manakala dalam gambar lain, seorang peserta program kelihatan diterajang oleh senior di kepala.


















Walaupun dianggap suka-suka, terbukti berlaku gangguan seksual malah melibatkan kekerasan sepanjang program di Pantai Goa Cina, Desa Sitiarjo, Kecamatan Sumbermanjing Wetan, Malang ini berlangsung.

Perkara ini diakui Wakil Rektor ITN Malang, Wayan Mundra.

Perbuatan tidak bertanggung jawab yang berlaku ketika kampus menganjurkan Orientasi Kemah Bakti Desa (KBD), 13 Disember lalu turut mengorbankan mahasiswa baru dikenali sebagai Fikri Dolasmantya Surya.











Kes berkenaan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa sana.

Pada masa sama, ia mencetuskan kontroversi hingga banyak pihak yang menyuarakan bantahan agar kekerasan di pusat pengajian dihapuskan. – REM RAMZI







Sumber

0 Response to "Orientasi Melampau Ragut Nyawa Siswa Indonesia"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *