Johan As'ari & Lana Nordin PUTUS! | Tengokberitatv3

Johan As'ari & Lana Nordin PUTUS!

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...




Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat,” kata Johan As’ari, 27, selepas memutuskan hubungan dengan aktres Lana Nodin, 34, kelmarin selepas tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya, di sini.




Sewaktu dihubungi Johan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mementingkan keluarga terutama ibunya berbanding kepentingan diri sendiri.



“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini,” katanya.



Johan bagaimanapun cuba mengelak menjawab soalan mengenai ibunya yang dikatakan tidak menyukai Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, sebaliknya menegaskan beberapa kali apa yang berlaku adalah kesilapan dirinya.



“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini.



“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini,” katanya.



Keputusan diambil Johan dilihat terburu-buru, tambahan pula hubungan dijalinkan dengan Lana baru sebulan usianya. Ditanya mengenai adakah dia berusaha membawa Lana bertemu keluarganya terutama ibunya yang didakwa menentang hubungan mereka, jelas Johan, dia tidak mahu terus-terusan menyakiti hati bekas kekasihnya itu.



“Saya cuba bercakap dengan ahli keluarga terlebih dulu, namun jawapannya tetap sama. Jadi sekiranya saya membawa Lana bertemu mereka, ia tidak akan mengubah apa-apa. Saya tidak mahu terus-terusan menyakiti hati Lana,” katanya.



Katanya, walaupun tidak lagi bercinta dengan Lana, dia masih mahu berkawan dengan pelakon utama filem Chow Kit itu dan menyerahkan segalanya kepada Allah mengenai soal jodoh.



“Saya mahu menjadi lelaki yang lebih baik dan begitu juga Lana. Diharapkan selepas hubungan ini saya dan dia sama-sama memperbaiki diri. Mana tahu dalam berkawan itu, jodoh kami ditentukan. Tapi buat masa ini keputusan dibuat dirasakan paling tepat,” katanya.



Hubungan Johan dan Lana mula menjadi perhatian umum apabila aktor yang dikenali menerusi drama bersiri Juvana itu mengumumkan akan melamar selepas tiga hari bertemu pada November lalu dan mendapat liputan meluas media.



Sementara itu, sewaktu dihubungi, Lana pula menjelaskan bukan dia memulakan (bercinta) sebaliknya Johan. Begitu juga apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini.



“Pada peringkat awal perhubungan cinta kami, saya melihat kesungguhan ditunjukkan, apatah lagi Johan dengan berani tampil memberi kenyataan mahu melamar saya. Begitupun waktu itu saya tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan, sebaliknya cuba memberinya peluang.



“Apabila hubungan tidak mendapat restu ibunya, sepatutnya sebagai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami. Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa lebih panjang,” katanya.



Kata Lana, sebagai orang perempuan tidak manis untuk dia membuka mulut, apatah lagi membicarakan soal lamaran seperti diuar-uarkan sebelum ini dan memutuskan hubungan.



“Sepatutnya tempoh yang ada digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi, cara diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya. Tidak mengapalah kalau itu yang dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As’ari,” katanya.



Menurut Lana, dia sendiri runsing dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini hubungan mereka terjalin baik.



“Cuma kesungguhan itu tidak ada. Saya tidak tahu mengapa melainkan ada agenda lain.



“Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Memutuskan hubungan dalam masa sebulan adalah satu tempoh yang cukup pantas untuk menyalahkan takdir. Dia tidak sepatutnya membuat keputusan (mahu melamar) terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini,” katanya.

0 Response to "Johan As'ari & Lana Nordin PUTUS!"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *