Melihat personaliti terbaru Mizz Nina yang berhijab sememang menyerlahkan lagi kecantikan wanita urban itu. Keputusannya untuk berhijab sekembalinya daripada menunaikan haji awal Oktober mengejutkan ramai pihak namun tetap menyokong keputusan Nina.
Meskipun terkenal dengan imej urban dan seksi suatu ketika dahulu, Nina menegaskan penghijrahannya itu adalah datang dari hatinya sendiri dan bukanlah suatu paksaan daripada sesiapa. Menurut Nina, dia mahu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslimah sebaik mungkin.
Menurut Nina, dia bersyukur kerana dibukakan pintu hatinya sebelum terlambat dan yakin bahawa inilah jalan hidup yang terbaik untuk semua umat manusia di dunia. Keinginan untuk berubah didorong kuat oleh hatinya sendiri apabila sering berfikir mengenai nasibnya selepas mati.“Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.“Saya akui mula-mula rasa gugup sebab saya tak biasa bertudung namun saya sangat suka melihat orang pakai tudung. Cantik!”Kadang-kadang ada masa saya curi-curi mencuba pakai tudung dan tonton tutorial di YouTube. Semakin lama, semakin saya rasa yakin.“Selepas pulang dari Mekah tempoh hari, saya bulatkan hati dan tetapkan iman untuk berhijab penuh kerana Allah Taala,” katanya. jelas Nina.
Nina juga bersyukur kerana suaminya, Noh adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahannya.“Seperti yang kita biasa dengar, Islam adalah cara hidup yang sempurna. Itu adalah kebenarannya. Saya diberi hidayah ini, seribu rahmat dan kesyukuran hanya Allah SWT sahaja yang tahu,” ujarnya merendah diri.
“Dari saat itu saya fikir sudah tiba masanya untuk saya berada di jalan yang benar, di landasan agama Islam.
”Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?” ujar Nina.
0 Response to "Apa nasib saya selepas mati nanti? - Mizz Nina"
Post a Comment