Salleh Yaakob Terbunuh, Isteri Cedera Disambar Petir | Tengokberitatv3

Salleh Yaakob Terbunuh, Isteri Cedera Disambar Petir


PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !

 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.


TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

0 Response to "Salleh Yaakob Terbunuh, Isteri Cedera Disambar Petir"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *