Asal Gambar ‘Bra’ Merah Rozita Che Wan… | Tengokberitatv3

Asal Gambar ‘Bra’ Merah Rozita Che Wan…


PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.

bra

BARU-BARU ini kecoh bila Rozita Che Wan ditimpa dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
” Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
” Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
” Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini”, katanya.
Menariknya, blog Mediamalaya.com ada cerita mengenai bra Che Ta yang heboh diperkatakan itu;
” Hasil daripada pencarian, kami mendapati ia bukan bra sebenar milik Rozita Che Wan tetapi ia diambil daripada sebuah laman web yang menjual bra radiasi kecemasan. Oh kisahnya ya!
” Siapalah yang bertanggungjawab sebar berita palsu tu. Kesian Rozita tau, dia dah nak kahwin janganlah kacau periuk nasi dia! Ataupun mungkin ia disebarkan oleh pihak tertentu untuk menaikkan populariti RCW seperti kes video bogelnya di webcam? Opps!” – Mynewshub.my

0 Response to "Asal Gambar ‘Bra’ Merah Rozita Che Wan… "

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *