Aeril Zafrel Mahu Ambil Tindakan Mahkamah | Tengokberitatv3

Aeril Zafrel Mahu Ambil Tindakan Mahkamah


PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.

 

Aeril Zafrel, dilaporkan enggan memberi sebarang komen terhadap berita perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal seperti yang sedang kecoh di laman sosial sekarang. Bahkan menurut pembantu Aeril, beliau dikatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu terbabit.



Menurut pembantu peribadinya Aman, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun beliau ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.

"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
sumber:kezoom

0 Response to "Aeril Zafrel Mahu Ambil Tindakan Mahkamah"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *