PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas ! Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni. klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
https://www.facebook.com/notes/boost-fanpage/perkhidmatan-pantas-dan-berkualiti-untuk-boost-kan-fanpage/239451646193147
https://www.facebook.com/notes/boost-fanpage/perkhidmatan-pantas-dan-berkualiti-untuk-boost-kan-fanpage/239451646193147
TEMERLOH – “Jaga mak, adik-adik baik-baik, Along kat sini ok je,” Itu pesanan akhir Muhammad Suhaimi Nor Hamidi kepada adik perempuannya malam kelmarin sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
Zuraida Zainudin 40, Ibu kepada Muhammad Suhaimi menceritakan anak sulung dari enam beradik itu sempat berpesan kepada adiknya supaya menjaga keluarga ketika menghubungi anak keduanya Noreen Farah beberapa jam sebelum kejadian.
Zuraida berkata, dia mendapat tahu berita sedih itu dari bekas suaminya Nor Hamidi, awal pagi semalam dan bergegas ke Muadzam Shah kira-kira jam 3.30 pagi.
“Sampai di hospital saya lihat keadaan anak lebam di telinga dan mata kanan selain berdarah pada mulut dan hidung.
“Saya dimaklumkan pihak PLKN anak saya jatuh di bilik air,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Kelibang, Kerdau di sini, semalam.
Zuraida yang kesal dengan kejadian itu mahu siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kematian anaknya.
Ini kerana dia mengesyaki bahawa anaknya itu dipukul berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa,
“Kalau boleh saya mahu jumpa siapa yang bertanggungjawab buat macam ini pada anak saya,” katanya.
Sementara itu bapa saudara mangsa, Zaimi Norhisham 35, berkata, dia mewakili keluarga mengharapkan pihak berkuasa siasat dan selesaikan perkara ini dengan segera.
Zaimi berkata, jenazah dikebumikan malam tadi di tanah perkuburan Kampung Kelibang selepas solat Isyak – Sinar Harian
0 Response to "‘ALONG KAT SINI OK JE’"
Post a Comment