Artis Popular Tinggal Serumah Dengan Pelakon Baru | Tengokberitatv3

Artis Popular Tinggal Serumah Dengan Pelakon Baru






PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...




KALAU cerita pasal duduk serumah, tak perlu cakap selebriti, orang biasa di Malaysia ini pun ada yang duduk serumah walau belum berkahwin. Namun apa boleh buat, nak dihalang, tak ada orang yang ambil peduli. Tapi itulah, bila selebriti yang buat perkara sebegini, yang berkokok tak lain tak bukan, rakyat Malaysia juga.



Baru-baru ini, OHBULAN! telah menerima berita yang agak mengejutkan daripada sumber-sumber rapat mengatakan ada seorang artis popular yang pernah memenangi beberapa buah trofi dari majlis berprestij, dipercayai duduk serumah dengan teman wanitanya.

Menariknya, teman wanita artis popular tersebut pula adalah seorang pelakon yang boleh dikatakan baru dan jujur kami katakan, memang idaman setiap lelaki. Menurut sumber-sumber yang sama lagi, mereka ini tidaklah duduk bersama didalam satu rumah setiap hari. Tapi, selalunya si teman wanita pasti akan datang bersama teman-temannya untuk lepak di rumah artis popular itu.

Namun, itu yang kita tahu, yang kita tak tahu bagaimana pula? Janganlah sampai jadi seperti kes sebelum ini, mungkin kita tak buat salah, tapi ada saja manusia yang mempunyai hasad dengki. Kalau tiba-tiba jabatan agama datang serbu, tak ke niaya nanti. Habis karier yang tengah berkembang tu dik.

Biasalah kalau sudah teman lelaki kan, memanglah suka hati nak pergi lepak atau pun jumpa. Tapi, tak sedaplah dipandang orang lain jika mereka bersama didalam satu rumah. Al-maklumlah keduanya memang dikenali ramai dan juga pernah menghiasi drama-drama dan filem tempatan.

Nasihat OHBULAN!, kalau nak melepak, jumpa teman lelaki atau pun rindu, buatlah aktiviti yang sihat. Tak salah kalau pergi pusat membeli-belah beramai-ramai bersama rakan-rakan. Sekurang-kurangnya tidak ada pandangan serong masyarakat terhadap anda berdua. – Ohbulan

0 Response to "Artis Popular Tinggal Serumah Dengan Pelakon Baru"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *