[11 gambar] Terkini!37 Orang Disahkan MAUT Bas Jatuh Gaung Al-Fatihah | Tengokberitatv3

[11 gambar] Terkini!37 Orang Disahkan MAUT Bas Jatuh Gaung Al-Fatihah

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.


Foto: The Star

Bas Jatuh Gaung di Genting, 33 Dikhuatiri Terbunuh

[MK] Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, 33 penumpang dikhuatiri terkorban dan 16 lagi cedera.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.

Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.


Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.

Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.


Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Sehingga jam 7.15 malam, 12 orang disahkan maut manakala 21 lagi dikhuatiri turut terkorban


Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan. 

Sementara itu, Bernamamelaporkan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan. 

Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. 

"Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa," katanya. 

Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan. 






Foto: The Star

Foto: The Star


P/s: Takziah


Kemas Kini:


37 Disahkan Maut

[AA] KARAK: Seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.



Sumber

0 Response to "[11 gambar] Terkini!37 Orang Disahkan MAUT Bas Jatuh Gaung Al-Fatihah"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *