Pulanglah Hani… | Tengokberitatv3

Pulanglah Hani…


PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...

Pulanglah Hani…


Rembau: “Hani, pulanglah ke rumah.. lebih seminggu Hani tinggalkan ibu.. kalau ada masalah janganlah begini, berbincang dengan ibu,” kata penyelia asrama, Darmawati Idris, 53 yang merayu anak ketiganya, Hani Syamira Alias, 17, pulang ke rumah. Anaknya tidak pulang ke rumah sejak menghilangkan diri pada 3 Julai lalu dipercayai terpengaruh hasutan kawan.
images3 Pulanglah Hani...

“Hani, pulanglah ke rumah.. lebih seminggu Hani tinggalkan ibu.. kalau ada masalah janganlah begini, berbincang dengan ibu..”
Hani yang juga penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Haji Adnan tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada hari kejadian.
Katanya, dia yang juga penyelia asrama di sekolah berkenaan gagal mengesan anaknya pergi dan pelik kerana Hani tidak mempunyai sebarang masalah bersama ahli keluarga.
“Saya bimbang sesuatu buruk menimpanya tambahan pula usianya yang begitu muda. “Tahun ini dia bakal menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), kalau ia berterusan bagaimana masa depannya,” katanya menyifatkan sambutan Ramadan kali ini kurang meriah.
Darmawati membuat laporan di Balai Polis Kota pada 7 Julai lalu dan memohon sesiapa yang ternampak anaknya itu menghubunginya di talian 019-6137877.
Ditanya mengenai Hani, Darmawati berkata anak ketiga daripada empat beradik itu berbadan gempal, berkulit cerah dan tinggi 160 sentimeter.
“Sebelum kehilangannya, Hani memakai pakaian sekolah dan sempat bersalaman dengan saya sebelum ke sekolah. “Sehinggalah pada petang itu, dia masih tidak pulang menyebabkan kami sekeluarga mencarinya di sekitar sekolah,” katanya.
Menurutnya, selepas bertanyakan pengawal keselamatan, dia terkejut sejurus dimaklumkan anaknya tidak datang ke sekolah.
“Selepas bertanyakan rakannya pula, saya dimaklumkan Hani tidak memasuki kelas,” katanya menyedari kehilangan Hani selepas mendapati beberapa pakaiannya tiada di rumah.
Darmawati berkata, dia turut bertanyakan rakan baik anaknya dan difahamkan Hani berkemungkinan berada di Melaka atau Johor selepas mengenali seorang wanita dikenali Ida, 19, di Facebook bulan lalu.
Katanya dia berusaha menghubungi anaknya kesal apabila telefon bimbitnya dimatikan dan puluhan khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar hanya satu dibalas.
“Dalam SMS itu, Hani beri alasan tidak dapat pulang ke rumah kerana kereta bapa rakannya rosak. Saya tidak tahu siapa rakan dimaksudkannya itu,” katanya.
“Saya berdoa dan merayu Hani segera pulang. Bermacam usaha mengesannya namun sehingga kini gagal,” katanya lagi.

0 Response to "Pulanglah Hani…"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *