Peminat Kritik Foto Dato K Di Instagram | Tengokberitatv3

Peminat Kritik Foto Dato K Di Instagram

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...

DATO K
Beberapa jam lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping foto suami tercinta menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi, “Dato K is back”.

Foto yang menunjukkan Dato Khalid atau lebih mesra disapa sebagai Dato K sedang melakukan senaman dan mendedahkan sedikit bahagian belakang badan suami penyanyi itu bagaimanapun telah mengundang beberapa respon negatif daripada segelintir peminat Datuk Siti dan ada antara mereka menasihati penyanyi tersebut agar menghormati bulan Ramadhan serta tidak memaparkan foto sebegitu menerusi laman Instagramnya.
 k
Namun begitu, masih ada peminat yang menyokong tindakan Datuk Siti, dan bagi mereka itu hanya foto biasa Dato K serta menyifatkan hanya golongan yang berfikiran sempit sahaja akan memandang foto berkenaan daripada sudut pandangan yang negatif.
 k2
Apa pun respon dan pandangan yang diberikan oleh peminat Datuk Siti, bagi OHBULAN! sendiri, ia terpulang pada setiap individu untuk menilai sesuatu perkara. Jika perkara itu dilihat daripada sudut positif, maka positiflah ia. 

0 Response to "Peminat Kritik Foto Dato K Di Instagram"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *