Ngeri Giler! Wanita 21 Tahun Kepala Pecah & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi! | Tengokberitatv3

Ngeri Giler! Wanita 21 Tahun Kepala Pecah & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi!

 PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...


PENAMPANG - Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah dengan otaknya bersepai di atas jalan selepas digilis sebuah lori kontena dalam kemalangan di Jalan Lok Kawi berdekatan simpang lampu isyarat Sabindo di sini semalam.

SEORANG pemuda menangis di sisi mayat Samsidar (gambar kecil) yang maut dalam nahas di Penampang semalam

Kemalangan pukul 11 pagi itu mengakibatkan Samsidar Samarudin, 21, dari Kampung Andus, Papar meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membonceng motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang adik lelakinya dalam perjalanan dari Papar ke pusat bandar.

"Sebaik ingin memasuki jalan besar dari satu susur, motosikal yang mereka naiki telah bergesel dengan sebuah lori kontena menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

"Kepala mangsa kemudian digilis oleh tayar belakang lori berkenaan manakala adiknya tidak mengalami kecederaan," katanya di sini semalam.
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2013/07/ngeri-giler-wanita-21-tahun-kepala.html#sthash.PwceD10Y.dpuf

0 Response to "Ngeri Giler! Wanita 21 Tahun Kepala Pecah & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi!"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *