Kahwin Lain Bukan Sebab Zuriat, Tapi Suka – Ashraf Muslim | Tengokberitatv3

Kahwin Lain Bukan Sebab Zuriat, Tapi Suka – Ashraf Muslim

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...


Kahwin Lain Bukan Sebab Zuriat, Tapi Suka – Ashraf Muslim – Sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Ashraf Muslim mendedahkan punca sebenar mengapa beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Wan Saburi.
Kahwin Lain Bukan Sebab Zuriat, Tapi Suka   Ashraf Muslim
Pasangan ini telah bernikah pada 7 Julai lalu di Selatan Thailand tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Nor Dayana.

Menurut aktor kacak ini, perkahwinan keduanya tidak ada kaitan dengan isu tidak mempunyai zuriat bersama Dayana.
“Saya bernikah dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan disebabkan tidak ada zuriat.”
“Saya sudah mengenali dan berkawan dengan Sakinah sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna,” ujarnya.
Tambahnya, sebelum membuat keputusan untuk berpoligami lagi beliau telah meminta pendapat dari semua pihak yang berkaitan.
“Saya ada minta pendapat dari semua pihak termasuk keluarga saya dan memang ada di antara mereka yang tidak bersetuju namun saya sudah membuat keputusan untuk bernikah lagi.”
“Saya tahu bukannya mudah terutama sekali untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” katanya lagi.

0 Response to "Kahwin Lain Bukan Sebab Zuriat, Tapi Suka – Ashraf Muslim"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *