Iran: Hukuman Gantung Batal Saat-Saat Akhir | Tengokberitatv3

Iran: Hukuman Gantung Batal Saat-Saat Akhir

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
Iran
Seorang lelaki di Iran terselamat daripada mati di tali gantung selepas hukuman itu dibatalkan pada saat-saat akhir ketika tali gantung itu sudah mula menjerut lehernya. Itulah yang kita selalu kata, “Pantang maut sebelum ajal”.

Menurut agensi berita Iran Mehr, lelaki berkenaan didapati bersalah membunuh seorang tentera, seterusnya Vahid Zare dihukum gantung sampai mati di hadapan orang ramai.
Video himpunan gambar hukuman itu sebenarnya dimuatnaik pada 8 Mei lalu tetapi saat-saat akhir hukuman itu dibatalkan kini menjadi perhatian orang ramai yang melayari internet.
Ketika platform penahan kaki sudah pun dijatuhkan dan Vahid sedang meronta-ronta pada saat-saat akhir hidupnya, salah seorang ahli keluarga mangsa tiba-tiba mengampunkan Vahid sekaligus hukuman gantung itu perlu dibatalkan.
Para pelaksana hukuman di Iran bergegas segera mendapatkan lelaki itu turun dan kemudian dikejarkan ke hospital. Berapa ramai dari kita yang bertuah seperti Vahid?? – MyNewshub

0 Response to "Iran: Hukuman Gantung Batal Saat-Saat Akhir"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *