Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna iPhone5 | Tengokberitatv3

Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna iPhone5

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
ma ailun
China – Apple melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang juga bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun, meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan menggunakan iPhone 5.

Ailun rebah ke lantai sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon.
Ketika itu iPhone 5 tersebut sedang dicaj di rumahnya, Khamis lalu.
Dia yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin pada 8 Ogos ini, dikejarkan ke hospital di Xinjiang, namun doktor gagal menyelamatkannya.
Menurut anggota keluarganya, Ailun membeli iPhone 5 itu daripada kedai Apple pada bulan Disember lalu.
Mereka sekeluarga telah menyerahkan telefon pintar itu dan aksesorinya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap Apple memaklumkan bahawa pihaknya berasa sedih dengan insiden yang menimpa Ailun.
“Kami akan menjalankan siasatan penuh dan dalam masa sama memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,’’ katanya.
Insiden malang yang menimpa Ailun itu mendapat perhatian banyak pihak di China malah orang ramai menulis dalam media sosial Weibo menggesa supaya pengguna iPhone tidak menjawab panggilan telefon ketika telefon itu sedang dicaj.

0 Response to "Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna iPhone5"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *