Masih bercerita mengenai kontroversi yang terjadi di antara Afiq Muiz dan ibunya. Semalam menerusi sebuah sidang media, Afiq memaklumkan yang dia telah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya sendiri. Namun hari ini, ibu Afiq Muiz menyangkal dakwaan tersebut.
Ibu Afiq Muiz bersumpah demi nama Allah bahawa perkara yang dikatakan oleh anaknya tersebut tidak pernah terjadi. Kata ibu Afiq kepada Harian Metro:-
Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil. Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain. Selepas keluar rumah, saya mengirimkan mesej meminta Afiq pulang, tetapi dia enggan. Hanya beberapa kali dia menghubungi saya.
Ibu Afiq Muiz turut mengakui yang dia tidak bersetuju anaknya menjalin hubungan dengan Eina Azman lebih-lebih lagi apabila wang RM30,000 lesap dalam tempoh sebulan daripada akaun anaknya.
Saya tidak tuduh wanita itu mengikis wang Afiq, tetapi saya persoalkan ke mana wang simpanan RM30,000 milik Afiq kerana sebelum ini dia beritahu mahu simpan wang untuk beli rumah, kereta dan kegunaan masa depannya.
Admin hampir mengalirkan air mata membaca harapan si ibu terhadap anaknya. Kasih sayang seorang ibu memang tiada siapa dapat menyangkal. Kata ibu Afiq Muiz:-
Saya tidak pernah menyifatkan Afiq anak derhaka, tetapi berdoa dia kembali menjadi Afiq yang dulu…seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal bergelar pelakon
Secara jujur, Admin lebih mempercayai versi cerita si ibu daripada Afiq Muiz punya cerita. Namun daripada terus menerus bergaduh, Admin berharap agar Afiq menyedari status dirinya sebagai seorang anak dan pergi memohon kemaafan daripada ibu tercinta. Sama-samalah kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan masalah ini.
Read more: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/05/demi-allah-saya-tidak-pernah-usir-afiq.html#ixzz2TL3U7JDK
0 Response to "Demi Allah Saya Tidak Pernah Usir Afiq Keluar – Ibu Afiq Muiz"
Post a Comment