Sebelum ini kontroversi hubungan cinta di antara selebriti popular, Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah menjadi topik hangat serta perbualan di kebanyakan media tanah air sehinggakan hubungan itu terputus di tengah jalan.
Kali ini selepas reda dengan cerita panas mengenai mereka, Sharnaaz Ahmad kembali tampil membuat pengakuan bahawa dia tidak akan mencari pengganti bekas kekasihnya itu.
Bercakap kepada Berita Harian, Sharnaaz menyatakan, “jiwa masih lagi menyayangi dirinya. Bukan senang untuk mencari pengganti sepertinya, bahkan mungkin saya tidak akan mencari penggantinya sampai bila-bila”.
Kontroversi hubungan cinta mereka terjadi ekoran kenyataan Sharnaaz kepada media sebelum ini yang mahu merisik bekas buah hatinya itu walaupun bapa kepada Shila iaitu penyanyi popular zaman 80-an, ND Lala mengatakan mahu anaknya fokus dalam bidang karier terlebih dulu sebelum hubungan mereka melangkah ke fasa seterusnya.
Dalam perkembangan lain, Shila sekarang sedang berada di China untuk perkembangan kariernya di sana selepas kembali daripada menunaikan umrah bersama-sama ahli keluarganya pada pertengahan Mac lalu.
Oleh: JULIANA JOHAR
0 Response to "Sharnaaz Akui Masih Sayangkan Shila "
Post a Comment