Seorang Gadis Mengaku Berzina Mahu Dihukum Sebat - Mahkamah Maldives memberikan hukuman rotan di depan orang awam terhadap seorang gadis berusia 16 tahun yang mengaku melakukan hubungan seks sebelum nikah.
Hukuman ini dijatuhkan setelah keluarga gadis yang tidak disebutkan namanya tersebut melaporkan ke mahkamah dan si gadis itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kekasihnya, lelaki berusia 29 tahun. Hukum syariat Islam di Maldives melarang gadis berusia 13 hingga 18 tahun untuk melakukan hubungan seks tanpa nikah.
Menurut undang-undang di Maldives, seseorang yang melakukan penzinaan dihukum dengan 30 kali sebatan.
Namun, meskipun si gadis menerima hukuman sebat, manakala lelaki itu pula dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Seorang pegawai mahkamah menyatakan gadis tersebut boleh menolak hukuman rotan dan untuk Sebaliknya, ia akan dikenakan penjara selama 8 bulan. Namun, pada usia 18 tahun, ia tetap akan dikenakan hukuman rotan.
“Dalam banyak kes, tertuduh memilih untuk menerima hukuman sebat sebagai sebahagian dari penebusan dosa,” kata pegawai yang enggan disebutkan namanya.
Di Maldives, hukuman sebat yang biasanya dilaksanakan dengan menggunakan tongkat, dilakukan atas arahan ketua kampung yang juga bertindak sebagai hakim tempatan.
Polis menyatakan, setelah mendengar laporan dari keluarga perempuan, mereka mula melakukan siasatan terhadap kes ini.
“Kami meneruskan penemuan di lapangan di khalayak umum. Lelaki itu dituduh melakukan hubungan seks dengan perempuan di bawah umur,” kata jurucakap polis, Hassan Haneef.
Kegunaan hukuman sebat ini selalu mendapat bantahan dari para persatuan hak asasi manusia di Asia. Suhas Chakma, pengarah Asian Centre for Human Rights menyebutkan, hukuman ini menggambarkan kerajaan ingin mendapat sokongan dari kelompok Islam yang melaksanakan hukum syariat Islam, kerana pemerintah Maldives saat ini harus menghadapi ancaman serius dari pihak pembangkang.
“Hal ini boleh digunakan oleh kerajaan sebagai alasan bahawa mereka komited dengan Islam,” katanya.
Sementara itu, belum ada ulasan dari kerajaan Maldives atas kes ini, termasuk komentar dari parti konservatif, Adhaalath yang menyokong pelaksanaan syariat Islam.
Februari lalu, presiden terpilih pertama Maldives melalui pemilihan umum. Mohammed Nasheed yang berpendidikan barat berundur dari jawatannya. Ia mengatakan dirinya didesak berundur oleh parti-parti Islam, polis dan tentera Maldives.
Maldives adalah kepulauan dengan 1,200 pulau yang terkenal kerana mempunyai pusat peranginan mewah. Identiti etnik Maldives merupakan perpaduan dari budaya yang mencerminkan masyarakat yang menetap di pulau-pulau itu, yang mungkin berasal dari India selatan dan Sri Lanka.
Menurut CIA Factbook, sebuah bancian pada Julai 2011 menyebutkan jumlah penduduknya mencapai angka 394.999. Islam adalah agama rasmi negara dengan hampir 100 peratus penduduknya adalah Muslim yang patuh pada syariat Islam. – paapaada.blogspot
0 Response to "Seorang Gadis Mengaku Berzina Mahu Dihukum Sebat"
Post a Comment