6 Cerita Hantu Dari Kisah Benar | Tengokberitatv3

6 Cerita Hantu Dari Kisah Benar

Enam cerita seram yang dari kisah sebenar,dari pada hantu dijalan raya,kena rasuk,hantu di asrama,hinggalah yang paling seram dirasuk hingga mengeluarkan taring ,okey..selamat meremang bulu roma..

Tempat = Fah Kee Motor, Bercham, Ipoh.
Masa = 2-3 A.M
Ahli = Aku Sorang jer....
Suspek = Tak Tau

Cerita ni jadi sekitar tahun 1998-99, Masa tu aku baru abes sekolah dah bekerja di Makro Ipoh. kebiasaannya,kalau aku kerja shift malam, abes kerja dalam jam 11 malam, dan biasanya bapak aku yg datang amek aku kat tempat kerja pasal takde dah bas.

Tapi ada satu hari bapak aku tak dapat ambil pasal dia out station. Kiranya aku sangkut kat tempat keje la. nasib baik ada
sorang kawan aku yg bak hati boleh tolong hantar aku balik, dan nasib baik lagi pasal dia ada bawak 2 helmet. (lepas dating
terus mai kerja la kot..)...

Lepas abes kerja. kita orang bergerak balik, nak dijadikan cerita, masa tgh naik highway ipoh-jelapang, tayar motor pancit...

adoyai.. rasa bersalah gile aku time tu.. dah la ada org tolong hantar balik, tayar motor dia pancit pulak... tebal muka woo time tu...


Aku terpaksa la call abg aku, suruh datang amek aku kat tepi highway. Bila abg aku sampai jer, terus aku balik rumah tinggalkan kawan aku tu sorang2 jaga motor dia.. hahaha... Aku balik rumah amek van la.. korang ingat aku apa tinggal kawan mcm tu... hahaha


Dipendekkan cerita, aku terus bawa van buruk bapak aku tu, terus pi ambil kawan aku yg tunggu kat tepi highway, lepas angkut motor dia naik dalam van, aku terus hantar dia balik ke Tanjung Rambutan. adoyai.. dia nak hantar aku balik rumah, last2 aku yg kene hantar dia balik pulak..


Lepas hantar dia balik, sebelum aku blah, dia sempat pesan, dekat2 Fah Kee Motor tu elok2 sket. aku cakap ok, masa tu aku tak terpikir pun pasal makhluk halus ni, aku ingat dia pesan bawa van elok2 pasal jalan situ gelap.. ceh


aku pun bergerak balik, jam dah lebih kurang jam 2-3 pagi dah, masa nak sampai ke Fah Kee Motor tetiba aku rasa seram sejuk, dan bila aku sampai betul2 depan Fah Kee,

Hidung aku tercium bau yg sangat wangi. Wangi yg menyesak hidung. Aku tau itu bau apa, itu bau kapur barus, dia punya wangi sampai sampai susah aku nak bernafas... Satu van bau mcm tu. Jantung berdegup tak sah citer la berapa punya laju... lumba lari dgn carl lewis pun kompom dia kalah punya...

dah la aku bawak van. Dibuatnya penuh satu van tu benda tu tumpang, abes aku... nak toleh kebelakang takut. Takut nak tgk apa yg ada kat belakang. Tawakkal je la bawak van... Tapi Alhamdulillah bila sampai pekan bercham semua bau hilang... huuhuhu...

Besok bila datang kerja, aku cerita la kat kwn yg aku hantar balik malam tu.. Dia gelak jer.. dia kata kat situ dah ramai yg kena. Siye betul..
thanks to LIpas_penIn

2
Jangan Lawan cakap Ibu.



Tempat = Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan
Masa = Pepagi Bute
Ahli = Saya sorang
Suspek = Mahkluk Allah

Kejadian berlaku pada tahun 1986. Ayah aku seorang askar. Satu malam, ayah aku bertugas malam maka tinggal lah Mak, aku dan 2 orang adik. Malam tu aku terasa mengantuk sangat sampai tersengguk2 depan TV. Mak aku kata, Along..kalau nak tido pegi solat Isyak dulu. Aku plak sambil melangkah ke bilik tido menjawap...alaaa...nanti malam2 sket along bangun lah solat.

Masuk bilik aku letak kepala kat bantal...terus HANYUT. Entah pukul berapa, tetiba aku terjaga...bukan sebab ada orang kejut tetapi aku berasa macam ada tak kena dalam bilik aku. Aku dengar seperti ada orang sedang bersolat jemaah didalam bilik aku. Sape plak berjemaah ni...bisik aku dalam hati...ayah kan keja malam. Aku tido guna kelambu dan kelambu askar plak hijau pekat so tak nampak kat luar, terpaksa lah aku selak dan tenguk apa yang ada kat dalam bilik aku.

Bilik aku jenguk je kepala aku di luar kelambu, apa yang aku tenguk...MasyaAllah....didalam bilik aku ada sekumpulan lelaki yang pakaian nyer serba putih sedang solat jemaah ( adehhh...meremang plak bulu roma ni...). Masa ni kalau sesape toreh muka aku dengan pisau...sure muka aku tak berdarah rasanyer...punyer le terkejut aku...takut usah kata laaa....aku masuk balik dalam kelambu...tekup muka dengan bantal...tapi sore orang berjemaah dengan alunan Al Fatihah...masih lagik aku dengar...abis badan aku basah dengan peluh....peluh orang takut....aku ingat aku bermimpi....puas aku pejam kan mata...still terdengar jugak sore tu....lastnyer aku tertido jugak...

Bangun pagi esuk aku demam...dalam bilik aku yang juga dijadikan bilik solat untuk family, terbentang sejadah seperti ada orang yg guna malam tadi. Sejak ari tu...aku tak berani lawan cakap mak...apa lagik tinggal solat...terutama ISYAK....
thanks to ~jebateja





3,
tempat: asrama teknik dagang,jb
masa: area 2pg - 3pg
ahli: daku seorang
suspek: Wallahualam


kejadian ni jadi tahun 2000 mase tu aku skolah lg.biasalah kan kalo dok asrama mesti ade prep.mlm tu aku xlarat nak prep so aku blk dorm awal.biasanye sebelum tdo kitorang azan dulu tp disebabkan aku sorang je terus landing n hanyut..

dorm aku ni atas sekali tingkat 3.area2 kol 2pg tu aku t'bangun.pastu puas cube lelap tp xbole dh..dan2 time tu aku terdengar cam org bukak tingkap..aku ingat member aku yg bukak..pastu aku dgr cam ade bende cube masuk dr luar..kalo korang nak tau katil kitorang ni ngadap tingkap.bukan yg kat koridor ade kaki lima tu tp yg belah satu lg..bile dgr cam org nak masuk tu terus aku rase lain..strt laa aku bace mcm2 ayat tp dlm gigil ni ayat jd tonggang langgang..katil kitorang ni double decker dok sebaris memanjang.

tibe2 aku dok bau lumpur..hanyir gile..time tu gak terasa katil bergegar..cam ade bende lompat2 dr satu katil ke satu katil yg lain..lame gak bende ni dok ulang2 lompat..time tu mmg dh kecut giler aku..pastu dia terus benti senyap sunyi terus..dan pengalaman yg paling seram yg aku pernah rase terjadi time ni laa..aku nmpak bende tu turun secara terapung2 ke bawah..kelibat pompuan dgn rambut cecah lantai ngan kain putih penuh lumpur..time tu dh pucat gile aku nie..dok tgk bende tu melayang2 pusing2 kat area katil member aku..nasib baik katil aku ade sidai tuala mandi so bole cover lagi laa..muke aku plak aku tutup pakai selimut tp still dok intai sket2, mulut lak dok terkumat kamit..

leka dok usya bende alah tu tibe2 aku nampak dia naik atas katil member aku terus baring sebelah dia..aku mmg cuak gile..lame gak aku dok usya bende alah tu..last2 aku perasan bende tu tibe2 ghaib ghupernye aku terdengar tahrim subuh...lepas dr kejadian tu aku terus demam..seminggu lepas tu aku kuar asrama jadi outsider jer..hehe lepas dr kejadian tu aku dgr mcm2 lg citer pasal asrama aku tue..
thanks to ~ owndferra

Seumur idup aku ni setakat ni sekali je la kena. Kena "tindih" @ "hempap". Tapi skali tu pun dah cukup aku ingat sampai skang, hehe...

4
Tempat: Bilik ketua pelajar SASKL
Masa: malam, dah lepas prep dah
Ahli: aku sorang
Suspek: apakenamantah


Malam tu, aku lepak kat bilik pengawas, lepas wat homework pe sume, pastu malas dah nak balik bilik. So aku tumpang tdo kat bilik member (ketua pelajar ni laa). Time aku masuk bilik tu dia tdo dah, so aku tarik kusyen 2, 3 bijik wat lapik, terus landing kat lantai.

Baru je aku meniarap (ok, aku salah sebab meniarap), tetiba rasa macam ada kucing pijak blakang. Slow je, satu, satu, sampai la rasa keempat-empat kaki tu dah steady je atas blakang aku. Memang macam kucing, kecik je kaki tu (rasa je la, bukan nampak). Terus aku dah takbleh gerak.

Setakat takbleh gerak tak kisah la kan? Tapi pastu aku dengar macam angin kuat la, betul2 kat tepi telinga. Kepala rasa bengang, telinga berdesing. Macam hanyutt je rasa. Suara tak keluar, badan tak bleh gerak. PAstu aku nampak ada sorang member bukak pintu, jenguk dalam bilik. Aku panggil kuat2, tapi dia siap bebel lagi, "alamak, sume dah tdo laa..", pastu dia tutup pintu n blah. Tinggallah aku dook tergolek tu sambil ada macam2 bunyi kat telinga.

Tetiba rasa "kaki" tu slow2 jalan, meninggalkan belakang aku. Sama jugak macam datang tadi, slow2, satu2 langkah. Lepas je kaki yang terakhir, aku terus bangun, tarik kusyen2 tu sume p bilik sbelah. Member bilik sbelah tu heran je tengok, siap tanya lagi nape muka aku nampak semacam. Aku cakap x de pape (takut kecoh lak), pastu berusaha nak lelap kat bilik tu plak.

Sok pagi mata lobam sebab x cukup tdo, huhu...
Thanks To  ~ KuihKoci




5,
Tempat = parit baharu
Masa = sebelum merdeka ketika kampung ini baru dibuka
Ahli = terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama ahli waris yang masih hidup
Suspek = tidak dapat dipastikan sila baca secara teliti

salam

kat sini saya ingin berkongsi beberapa cerita seram yang mungkin menyeramkan

cerita yang saya ceritakan ini benar benar berlaku ada sebahagian dari pengalaman hidup saya dan ada sebahagian saya dapat dari ornag lain

cuma terpulanglah pada anda untuk mempercayai atau tak kerana perkara misteri ini sangat sukar dirungkaikan dengan akal fikiran kita

ini adalah cerita yang pertama dari saya

tapi sebelum saya meneruskan cerita ini terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya cerita ini mungkin mengandungi unsur unsur kelucahan yang mungkin boleh mengganggu keselesaan sebahagian pembaca

cerita ini berkenaan dengan wak darmo (nama samaran)

pak darmo ini adalah seorang yang telah mempunyai beberapa orang cucu dan beliau ini terkenal dengan sikap nya yang suka cakap besar lebih lebih lagi berkenaan hal hal misteri ini

pada satu hari beliau telah mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuan beliau setelah seharian penat melayan tetamu dari kalangan orang kampung dan sanak saudara dimalam nya beliau bercadang untuk pergi kepekan untuk mengeteh (bahasa jawa bermaksud duduk duduk di kedai kopi)

memang menjadi tabiat nya setiap malam beliau akan minum bersama sama rakannya dikedai kopi sambil berbincang perkara kosong untuk menghabiskan waktu malam yang terluang

al maklumlah diwaktu itu mana ada lagi telivisyen apalagi internet seperti zaman kita sekarang ini jadi itulah antara hibuaran penduduk kampung disamping itu juga salah satu cara penduduk kampung bersosial

ketika beliau hendak melangkah keluar rumah isteri beliau telah membantah rancangan beliau itu dengan alasan masih ramai lagi sanak saudara yang berada dirumah lagi pun awan yang sarat seperti hendak menurunkan kandungannya (hehehehe pakai bahasa sastera lak dah dah nak ujan lah maksudnya)

tapi semua leteran isterinya itu langsung tidak diendahkan oleh nya dan beliau hanya terasa dilidahnya keenakan kopi mamak ismail dan beliau telah melangkah pergi menghala kepekan

sampai dipekan beliau telah meminta secawan kopi dari mamak ismail dan menghabiskan waktu malam itu bersama rakan rakan beliau dengan berbual kosong sambil menghisap rokok lenteng (sejenis rokok yang digulung dengan tembakau jawa dan dicampur cengkeh yang digunting)

keasyikan bersembang dengan rakan rakan telah membuatkan beliau lupa malam telah lewat itu pun hujan renyai renyailah yang telah menyedarkan malam telah semakin larut dan telah melalui tengah malam

kerana takut hujan semakin lebat beliau telah membayar harga kopi yang diminumnya dan beliau hendak berlalu dari situ

semasa hendak berlalu dari situ mamak ismail telah menasihati beliau untuk tidur sahaja dikedai kopi itu dan beberapa orang kawan kawan nya telah menakutkan beliau dengan pelbagai cerita seram

dengan angkuhnya beliau bercakap

"ini darmolah kalau hantu datang aku selak kain aku semua hantu cabut lari"

sambil ketawa mengekek perbuatannya itu telah membuatkan rakan rakannya meluat dengna sikap ego beliau itu

dengan berbekalkan lampu suluh beliau telah berjalan sambil menyanyi kecil untuk menghiburkan hati

ketika beliau melalui sepohon pokok nipah secara tiba tiba pohon nipah itu bergoyang goyang seperti didalam rimbunan pohon nipah itu seperti ada sesuatu

beliau buat buat tidak melihat sambil menyanyi lebih kuat lagi untuk menghilangkan perasaan takut dihati namun apa yang mengecewakan goyangan pohon nipah itu semakin kuat

beliau terus menjerit kepada pohon nipah itu

"kau jangan buat hal nanti aku selak kain aku menyesal kau"

dengan tak semena mena satu tangan yang berbulu lebat telah keluar dari pohon nipah tersebut

pak darmo terpaku sebentar sambil menggeletar ketakutan seluruh tubuh apabila suluhan lampu suluhnya menerangi tangan berbulu tersebut

dalam ketakutan yang teramat sangat beliau menjerit kepada tangan tersebut

"kau ni tak faham bahasa lah aku selak kain aku nanti taulah kau"

tangan itu terus memanjang dan menghala kearah beliau yang lebih menghairankan badan tangan tersebut tidak kelihatan menyorok didalam pohon nipah ditepi jalan itu

dalam ketakutan yang amat sangat itu pak darmo telah menyelak kain nya dengan harapan tangan yang berbulu lebat itu akan hilang selepas beliau menyelak kainnya

namun

lebih malang lagi apabila beliau menyelak kan kainnya tangan itu semakin memangjang kearahnya

dan apa yang lebih mengecewakan apabila tangan itu telah meraba kemaluannya

tanpa membuang masa dengan ketakutan yang teramat sangat beliau mula melakukan langkah seribu sambil menjerit jerit ketakutan seperti gegak gempita sepanjang jalan larian wak darmo lalui

dalam larian itu wak darmo masih terasa kemaluannya masih diraba oleh tangan berbulu tersebut semakin diraba semakin kuat wak darmo menjerit dan berlari

sesampai dirumah wak darmo telah menerpa pintu rumahnya yang diperbuat dari atap nipah dan duduk kepenatan

seluruh ahli keluarga dan sanak saudara tidak ketinggalan jiran tetangga yang terkejut dengan suara wak darmo telah membawa lampu masing masing kearah wak darmo lantas masing masing menyuluh wak darmo

aduhai malang seribu kali malang rupa rupa nya ketika beliau lari dari tangan berbulu itu beliau telah melucutkan kain yang diselakkannya kerana kain yang diselakkannya telah menggannggu larian nya itu

seluruh kaum keluarga sanak saudara dan jiran jiran yang hadir dari kalangan perempuan bertambah terkejut melihat wak darmo hanya memakai songkok baju melayu dan tak berkain sambil duduk berlunjur melayan kepenatan

mereka menjerit jerit malu manakala yang lelaki pula terus menoleh kan muka menghala kelain

anak anak wak darmo kelam kabut mengambil kain dari biliknya untuk menutup tubuh wak darmo dan wak darmo terpingga pinga

selepas kejadian itu wak darmo telah mengalami demam yang sangat teruk selama seminggu



6,
Tempat : Flat dekat depan jusco equine park
Masa : 11 malam
Ahli : aku, bini aku, member(laki) aku dgn pasangan nyer
Suspek : ntah ler..

camni citer nyer.. kiteorg duk umah sewa.. ade satu hari tu aku member aku ngan pasangan die tue tibe2 gaduh time maghrib.. dieorg gaduh smpi pukul2 kat ruang tamu.. aku mls masuk campur.. tp dieorg gaduh2, aku ade dgr bunyi org gelak dlm bilik..

aku toleh, xder org.. sbb aku 3org jer time tu.. lps aku toleh, aku rase badan aku rase laen.. aku da xrase badan, tinggal kepala jer yg aku boleh gerak2kn.. lps tu aku bace la pape ayat yg terlintas kat pikiran.. lame2 aku dpt balik rase bdn aku.. lps tu, mmbr aku yg gaduh tu pengsan.. lps beberape minit, die sedar balik.. trus aku ajk die kuar gi jusco jumper bini aku.. yg aku xtau.. mane dtg suara org gelak dlm bilik tu..

lepas kiteorg duk melanguk kat jusco tunggu bini aku balik.. kiteorg gi mkn.. lps tu masing2 da penat, nk baring2.. aku tgk jam kul 11 lebih.. ati aku rase xsedap nk balik.. tp kiteorg balik gak.. sampai umah.. lepak2 aku xsedap ati,aku pasang yassin dlm hp aku..

tibe2 mmbr aku duk diam jer.. aku ade rase lain sgt kat die.. aku soh bini aku siap2 amik barang yg patut ltk kat luar.. aku bg la mmbr aku ni pegang yassin die letak.. aku dlm hati ckp "sah, die da mai".. awek die da nanges2 tgk laki die mcm tu..

aku ckp, jom la kite duk luar dulu.. biar die baring.. kiteorg kuar igt nk mtk tolong sape2.. tp lps tu kiteorg tgk balik die dr luar pintu.. mate die da merah.. da kuar taring kat mulut die.. trus menggigil kaki masing2.. hp aku yg pasang yassin sebelah die, die tutup..

satu masalah lg, lupe nk amik kunci gate kat sebelah die.. jd kiteorg tahan pki tangan jer gate tu.. tp nasib die xbgn lg time tu.. die baring, smbil senyum2 tunjuk taring.. aku da nk pengsan da.. lps tu aku ketuk jiran sebelah(india) aku ckp nk mtk tolong pnjm hp.. sbb hp aku sebalah die.. india tu perempuan tu takut, igt kiteorg nk merompak die..

kiteorg citer2, yakinkn die.. akhir nyer die bukak pintu gate die.. die tgk la mmbr aku tu.. terkejut die.. lps tu die amik solex die, solex gate kiteorg.. aku pnjm hp india tu, call bapak aku kat kjg soh die dtg.. sambil2 tu aku lari2 cari org tuk tolong.. aku tinggalkn bini aku ngan awek mmbr aku ngan india tu.. aku cari punyer cari xder org nk tolong, lps tu aku gi 7e.. nasib ade brader tu nk tolong.. die sampai pon die terkejut..

tp die xtau nk watper.. tibe2 mmbr aku yg kuar taring panggil awek die mcm nanges2 skit.. awek die sibok nk masuk, aku ckp xpyh.. tp die degil.. die masuk gak.. sampai jer awek die tu kat die.. trus die tarik rambut awek die.. awek die jerit panggil aku sambil cube lepaskn diri.. da lepaskn diri trus kuar.. mmbr tu senyum tunjuk taring die lagi..

da lame skit, tibe2 mmbr tu bgn masuk bilik aku dan tutup pintu.. kiteorg takut la, sbb bilik aku ade cermin xder grill.. kang die lompat ke bawah.. awek die lari turun bawah.. awek die baru intai skit, nmpk laki die tenung ngan mate merah.. trus awek die lari naik atas balik.. lps tu awek die ingat nk masuk dlm umah, aku xbg sbb aku nmpk bayang2 kat tv die tengah duk ready blakang dinding.. kat pintu masuk tu.. awek die bertambah2 nangis..

lps tu bapak aku smpi.. die bace2 ayat2 skit, lps tu azan skit.. die kat dlm dari diri terus terduduk.. lps tu die panggil name aku, bini aku, awek die.. awek die nk masuk lg.. aku ckp jgn dulu.. skali da lame2 still xbleh, terpakse la aku panggil imam dan jemaah yg baru abis solat subuh tuk dtg umah bacakn yassin.. da sampi kat umah, dieorg ltk mmbr aku kat tgh.. dieorg bace yassin.. mmbr aku ni xthn die meronta2..

terpaksa la aku pegang bahagian bahu die, abg 7e duk blakang die, bapak aku duk kat kaki die.. sambil meronta, aku soh bapak aku picitkn lada itam kat kaki die.. lagi la die meronta.. lps tu die bleh agkt kepala die tunjuk taring dpn muke aku, harus la aku hempuk die kat lantai.. dlm setgh jam mcm tu die ok..

tuk imam bg die air tuk sapu kat muke.. akhir nyer dpt relaks skit.. dr mlm smpi subuh ngadap die.. lps tu die tny nape leher die ngan muke die sakit.. aku diam jer.. huhuhu.. lps tu die ckp, nape xmasuk time die panggil name aku, bini aku ngan awek die.. aku ckp la, sblm ni ko panggil awek ko, tp ko tarik rmbt die.. die ckp die takut, ade makhluk kaki besar keta kancil kat blakang die.. duk mencangkung kat dapur.. aku da terperanjat abis.. bg aku, tu la peristiwa yg paling aku xbleh lupe..

0 Response to "6 Cerita Hantu Dari Kisah Benar "

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *