Ngeri! Mangsa Rempuhan Treler Maut Digilis Dan Diseret | Rasanya baru beberapa hari lepas, kisahbest.my ada berkongsi artikel tentang penunggang motosikal digilis treler sehingga otaknya terpelanting (LINK), kali ini pula masih lagi kemalangan yang melibatkan treler. Seperti yang kita tahu, treler merupakan kenderaan panjang yang agak berbahaya jika memandu berdekatan dengannya. Kemalangan yang berlaku ini berpunca dari treler yang hilang kawalan kemudian merempuh para pekerja PROPEL di lebuhraya di kawasan Gopeng.
Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke bandar ini di kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi.
Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.
Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.
Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian, manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino Azmi, 36 dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah.Pemandu treler terbabit cedera ringan.
Ketiga-tiga yang terbunuh dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bharu, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.
“Kemalangan itu berlaku di jalan lurus mendaki bukit, dalam keadaan hujan renyai
Polis masih mengambil keterangan mangsa dan pemandu lori berkenaan.
“Seramai 13 anggota yang tiba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Simpang Pulai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler, sementara anggota polis membantu mengawal lalu lintas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.
Katanya, pemandu lori berkenaan direman tiga hari untuk membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian
0 Response to "Gambar Ngeri! Mangsa Rempuhan Treler Maut Digilis Dan Diseret"
Post a Comment