TERKINI: Kematian Paul Walker Jadi Punca Filem Lakonannya Dibatalkan | Tengokberitatv3

TERKINI: Kematian Paul Walker Jadi Punca Filem Lakonannya Dibatalkan



PIHAK Universal Studios dilaporkan mungkin akan membatalkan penerbitan filem Fast and Furious 7 berikutan kematian bintang utamanya, Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri di Selatan California minggu lalu.
Menurut laporan Fox News, pihak penerbit dan pengarahnya, James Wan merasakan terlalu sukar untuk meneruskan baki penggambaran filem itu tanpa Walker kerana ada beberapa babak penting melibatkan pelakon itu masih belum dirakamkan.
"Selepas berita kematian Paul, pihak produksi memutuskan untuk berehat seketika bagi menghormati mendiang namun kini pihak penerbit berpendapat keseluruhan produksi itu patut dihentikan," kata sumber.
Fast and Furious 7 telah memulakan penggambaran pada September lalu dan produksi tersebut dihentikan seketika bersempena sambutan Hari Kesyukuran.
Malah kata sumber tersebut, perancangan untuk memulakan semula penggambaran filem tersebut turut memberikan masalah besar kepada produksi - mstar

Related Posts :

0 Response to "TERKINI: Kematian Paul Walker Jadi Punca Filem Lakonannya Dibatalkan"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *