Al-Fatihah! Hembus nafas terakhir di sisi anak & isteri | Tengokberitatv3

Al-Fatihah! Hembus nafas terakhir di sisi anak & isteri


PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !

 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
Balik Pulau – Tempoh enam jam memeritkan terpaksa ditempuh seorang lelaki warga emas yang hanya mampu merintih sambil menahan kesakitan apabila dipukul penyamun sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi anak dan isterinya di sebuah rumah di Pondok Upeh, di sini, semalam.
Dalam kejadian yang hanya disedari jam 9 pagi itu, mangsa, Chin Leng Wong, 83, maut apabila dipukul dengan kayu di kepala, muka dan beberapa anggota badannya, manakala isterinya, Chang Yook Kee, 71, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP), akibat patah tangan juga angkara dibelasah penyamun. Menurut sumber Metro.
Kejadian berlaku jam 3 pagi dan rumah mangsa yang terletak di atas bukit 200 meter dari jalan besar serta agak sunyi membuatkan penyamun mengambil kesempatan memecah masuk kediaman berkenaan.
Bagaimanapun, penyamun yang dikatakan lebih daripada seorang itu bertindak kejam dengan memukul pasangan warga emas terbabit walaupun mereka sudah mengambil barang kemas dan wang milik mereka.
Mangsa yang mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki itu memiliki dusun durian seluas 2.8 hektar dan kebun getah yang diusahakan sendiri.
Ranking: 5

Related Posts :

0 Response to "Al-Fatihah! Hembus nafas terakhir di sisi anak & isteri"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *