[Video & Gambar] : Bekas Imam Terkenal Masjidil Haram Meninggal Dunia, Al-Fatihah | Tengokberitatv3

[Video & Gambar] : Bekas Imam Terkenal Masjidil Haram Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Bekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah Al- Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan.
Allahyarham meninggal dunia dua hari lalu.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.
Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.
Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai Imam dan Khatib di Masjidil Haram, Makkah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi Tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.
Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Bahagian Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut.
Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan Ahli Badan Ulama’ Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.












Related Posts :

  • (Gambar) Terhangat 2012Paling Hangat: Gambar askar Amerika kencing ke atas mayat askar Taliban.Awal minggu lalu, Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari tuduhan meliwa… Read More...
  • Engineer mencari Segelas AirDi sebuah telaga minyak di Arab Saudi, di akhir tahun 40-an….Seorang pegawai berpangkat rendah, remaja tempatan Arab Saudi, merasa haus dan… Read More...
  • Dunia akhir zaman! China – Seorang lelaki yang membeli isterinya melalui sindiket pemerdagangan manusia, akhirnya terpaksa mengurung wanita berkenaan umpama… Read More...
  • 10 ORANG TERKAYA DI DUNIA10 ORANG TERKAYA DI DUNIA 2011Majalah Forbes Amerika Syarikat telah menyiarkan senarai 10 orang terkaya di dunia 2011 pada 10 Mac 2011 lalu… Read More...
  • Internet HALALKerajaan Iran sedang membangunkan rangkaian internet yang di beri nama HALAL Untuk mengelak rakyat Iran dari dipengaruhi oleh budaya negat… Read More...

0 Response to "[Video & Gambar] : Bekas Imam Terkenal Masjidil Haram Meninggal Dunia, Al-Fatihah "

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *