3 Pelajar Kolej Masterskill Maut Dalam Kemalangan | Tengokberitatv3

3 Pelajar Kolej Masterskill Maut Dalam Kemalangan

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...




Kota Kinabalu : Tiga orang pelajar Kolej Masterskill telah terbunuh ketika kemalangan jalan raya di Kilometer 2.2 Jalan Tun Fuad Stephen, berhampiran Pelabuhan Sabah, di sini sekitar jam 3 petang kelmarin.


Mangsa-mangsa yang maut berumur 20 tahun yang dikenalpasti sebagai Ratna Dewi Bancong, Norfizan Samad dan Hadijah Latip.

Ketiga-tiganya mengalami kecederaan teruk pada wajah dan tubuh mereka apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki bersama tiga lagi rakan lain melanggar beberapa batang pokok sebelum kereta tersebut terbalik di tengah jalan.

Tiga orang lagi yang terselamat dari kemalangan itu adalah pemandu kereta tersebut iaitu seorang lelaki berumur 23 tahun, seorang penumpang lelaki dan seorang lagi pelajar Kolej Masterskill yang duduk di kerusi belakang bersama dengan tiga orang yang terkorban.

Kereta Proton Wira itu dikatakan menuju ke pusat bandar dari Inanam sebelum pemandu kereta tersebut hilang kawalan pada kenderaan apabila tiba di satu selekoh.

Dikatakan bahawa kereta tersebut telah melanggar pembahagi jalan sepanjang tujuh meter lebar lalu melanggar pokok. Kereta itu kemudian berputar 180 darjah sebelum bahagian belakang kenderaan tersebut merempuh sebatang lagi pokok lain lalu terbalik.

Atap kereta itu hancur dan Ratna, Norfizan dan Hadijah semua terhumban keluar dari kereta melalui cermin belakang kenderaan tersebut.

Siasatan awal polis mendapati bahawa pemandu kereta tersebut berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.

Tidak ada kesan tayar di jalan raya tersebut untuk menunjukkan bahawa pemandu tidak menekan brek apabila tiba di selekoh itu.

Mangsa-mangsa yang maut dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk post-mortem sementara mangsa-mangsa yang terselamat dibawa ke hospital yang sama dengan ambulans.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) dari Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 Response to "3 Pelajar Kolej Masterskill Maut Dalam Kemalangan"

Contact Form www.evotemplates.net

Name

Email *

Message *